ROMA 2:2-3 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 2:2-3 BM (Alkitab Berita Baik)
Kita tahu bahawa keputusan Allah memang benar, apabila Dia menghukum orang yang berbuat demikian. Tetapi sahabatku, kamu pun melakukan perkara-perkara yang kamu tuduhkan kepada orang lain. Kamu pasti tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah.
ROMA 2:2-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Tetapi kita tahu bahawa hukuman Allah berdasarkan kebenaran dan dijatuhkan ke atas mereka yang mengamalkan perkara demikian. Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah?
ROMA 2:2-3 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Tŭtapi tŭlah sudah tŭrtŭntu kapada kita, bahwa hukum Allah itu sŭkŭdar akan mŭngalahkan orang yang bŭrbuat sagala pŭkŭrjaan yang dŭmkian itu adanya. Maka pada sangkamu, bahwa angkau tŭrlŭpaskah kŭlak deripada hukum Allah, hie orang yang mŭnyalahkan orang bŭrbuat pŭrkara itu? tŭtapi angkau sŭndiri pun bŭrbuat juga bŭgitu.