ROMA 2:1-4 - Compare All Versions
ROMA 2:1-4 BM (Alkitab Berita Baik)
Oleh itu, sahabatku, siapakah kamu sehingga mahu menyalahkan orang lain? Kamu sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri. Hal itu demikian, kerana apabila kamu menyalahkan orang lain, lalu kamu sendiri melakukan perbuatan yang sama, kamu menjatuhkan hukuman kepada diri kamu sendiri. Kita tahu bahawa keputusan Allah memang benar, apabila Dia menghukum orang yang berbuat demikian. Tetapi sahabatku, kamu pun melakukan perkara-perkara yang kamu tuduhkan kepada orang lain. Kamu pasti tidak dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah. Kamu mungkin meremehkan kebaikan hati Allah, kemurahan hati-Nya, dan kesabaran-Nya yang tidak terhingga. Kamu tentu tahu bahawa Allah menunjukkan kebaikan hati-Nya kerana Dia mahu kamu bertaubat daripada dosa.
ROMA 2:1-4 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
MAKA sŭbab itulah tiada uzor kapadamu hie barang siapa pun baik yang mŭnyalahkan orang lain, kŭrna dalam pŭrkara yang angkau salahkan orang lain itu, maka angkau hukumkan dirimu dahulu, kŭrna angkau yang mŭnyalahkan orang itu, bahwa angkau pun ada bŭrbuat pŭrkara pŭrkara itu juga. Tŭtapi tŭlah sudah tŭrtŭntu kapada kita, bahwa hukum Allah itu sŭkŭdar akan mŭngalahkan orang yang bŭrbuat sagala pŭkŭrjaan yang dŭmkian itu adanya. Maka pada sangkamu, bahwa angkau tŭrlŭpaskah kŭlak deripada hukum Allah, hie orang yang mŭnyalahkan orang bŭrbuat pŭrkara itu? tŭtapi angkau sŭndiri pun bŭrbuat juga bŭgitu. Atau angkau mŭnghinakankah kŭmurahan Allah yang amat sangat itu, dan sabarnya, dan panjang hatinya, sŭrta tiada pula angkau mŭngtahui bahwa kŭmurahan Allah itu mŭmbawa dikau kapada taubut.
ROMA 2:1-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh itu, kamu tidak boleh berdalih, hai manusia walau siapa pun kamu, apabila kamu menghakimi orang. Pada waktu kamu hakimi orang lain, kamu juga menjatuhkan hukuman kepada dirimu sendiri; kerana kamu yang menghakimi juga melakukan perkara yang sama. Tetapi kita tahu bahawa hukuman Allah berdasarkan kebenaran dan dijatuhkan ke atas mereka yang mengamalkan perkara demikian. Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah? Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat?