ROMA 2:1-2 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 2:1-2 BM (Alkitab Berita Baik)
Oleh itu, sahabatku, siapakah kamu sehingga mahu menyalahkan orang lain? Kamu sama sekali tidak mempunyai dalih untuk membela diri. Hal itu demikian, kerana apabila kamu menyalahkan orang lain, lalu kamu sendiri melakukan perbuatan yang sama, kamu menjatuhkan hukuman kepada diri kamu sendiri. Kita tahu bahawa keputusan Allah memang benar, apabila Dia menghukum orang yang berbuat demikian.
ROMA 2:1-2 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh itu, kamu tidak boleh berdalih, hai manusia walau siapa pun kamu, apabila kamu menghakimi orang. Pada waktu kamu hakimi orang lain, kamu juga menjatuhkan hukuman kepada dirimu sendiri; kerana kamu yang menghakimi juga melakukan perkara yang sama. Tetapi kita tahu bahawa hukuman Allah berdasarkan kebenaran dan dijatuhkan ke atas mereka yang mengamalkan perkara demikian.
ROMA 2:1-2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
MAKA sŭbab itulah tiada uzor kapadamu hie barang siapa pun baik yang mŭnyalahkan orang lain, kŭrna dalam pŭrkara yang angkau salahkan orang lain itu, maka angkau hukumkan dirimu dahulu, kŭrna angkau yang mŭnyalahkan orang itu, bahwa angkau pun ada bŭrbuat pŭrkara pŭrkara itu juga. Tŭtapi tŭlah sudah tŭrtŭntu kapada kita, bahwa hukum Allah itu sŭkŭdar akan mŭngalahkan orang yang bŭrbuat sagala pŭkŭrjaan yang dŭmkian itu adanya.