Skip to content
Logo Apl Bible

ROMA 16:25 - Bandingkan Semua Versi

ROMA 16:25 BM (Alkitab Berita Baik)

Marilah kita muliakan Allah! Dia berkuasa meneguhkan iman kamu sesuai dengan Berita Baik tentang Yesus Kristus, yang aku isytiharkan itu. Aku mengisytiharkannya sesuai dengan apa yang dinyatakan oleh Allah, iaitu rancangan Allah yang selama berabad-abad tidak diketahui orang.

ROMA 16:25 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia

ROMA 16:25 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Arkian skarang pun pujilah akan Allah yang bŭrkwasa akan mŭnŭtapkan kamu mŭnurot Injilku dan pŭngajaran Isa Almasih, iya itu mŭnurot kŭnyataan rahsia yang tŭrsŭmbunyi deripada pŭrmumulaan dunia.