ROMA 13:11-14
ROMA 13:11-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu harus melakukan semuanya, kerana kamu tahu bahawa inilah masanya kamu bangun daripada tidur. Hal itu demikian kerana masa kita diselamatkan lebih dekat sekarang ini daripada masa kita mula percaya. Malam hampir berlalu, dan fajar akan menyingsing. Marilah kita berhenti melakukan perkara-perkara yang dilakukan dalam kegelapan. Marilah kita lengkapi diri seolah-olah dengan senjata yang digunakan dalam terang. Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta liar atau mabuk. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati. Tetapi biarlah Tuhan Yesus Kristus menjadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu.
ROMA 13:11-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab kami tŭlah mŭngtahui akan waktu, bahwa inilah kutikanya sudah sampie yang patut kita bŭrbangkit deripada tidor, kŭrna skarang ini slamat kita tŭlah dŭkat deripada masa kita pŭrchaya. Maka malam pun hampir habis, dan siang pun tŭlah dŭkat, maka sŭbab itu handaklah kita mŭmbuangkan pŭrbuatan yang gŭlap itu, dan handaklah kita mŭmakie sŭnjata trang. Maka handaklah kita bŭrjalan dŭngan sŭtiawan spŭrti pada siang hari; bukannya dŭngan pŭrlentehan dan mabok, dan bukannya dŭngan pŭrsundalan, dan kainginan chabul; bukannya dŭngan pŭrbantahan dan kadŭngkian; Mŭlainkan pakielah akan tabiat Tuhan Isa Almasih, dan jangan kamu mŭnaroh bŭkal ulih sŭbab nafsu, akan mŭmŭnohi kainginan kainginannya.
ROMA 13:11-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu tahu bahawa sudah sampai waktunya kamu bangun dari tidur, kerana kini penyelamatan lebih dekat lagi kepada kita daripada dahulu, ketika kita baru beriman. Malam sudah hampir berlalu, dan siang hampir tiba. Oleh itu, lucutkanlah segala kerja kegelapan dan kenakan kelengkapan senjata cahaya. Ikutlah tingkah laku yang wajar, sebagaimana orang berjalan pada siang hari. Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan pencabulan, singkirkan pergaduhan dan iri hati. Kenakan Tuhan Yesus Kristus sebagai kelengkapan senjata dan jangan hidup mengikut sifat tabii untuk memuaskan hawa nafsu.