ROMA 13:1-2
ROMA 13:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Setiap orang harus taat kepada pemerintah, kerana pemerintah mendapat kekuasaan daripada Allah. Pemerintah yang ada sekarang pun ditetapkan oleh Allah. Oleh itu orang yang menentang pemerintah, menentang apa yang sudah ditetapkan oleh Allah. Sesiapa yang berbuat demikian akan mendatangkan hukuman kepada dirinya sendiri.
ROMA 13:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA handaklah tiap tiap orang ta’alok kŭbawah sagala kwasa yang lŭbih bŭsar, kŭrna tiadalah barang kwasa mŭlainkan deripada Allah; maka adapun sagala kwasa yang ada itu, iya itulah yang tŭlah ditŭntukan ulih Allah. Maka sŭbab itulah barang siapa yang mŭlawan akan kwasa itu, sŭrasa iya mŭlawan pŭrkara yang ditŭntukan Allah itu; adapun orang orang yang mŭlawan itu kŭlak akan mŭnŭrima bagie dirinya hukuman.
ROMA 13:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setiap orang harus tunduk kepada pihak berkuasa, kerana tidak ada kekuasaan yang tidak datang daripada Allah, dan pihak berkuasa yang ada telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, sesiapa yang menentang pihak berkuasa menentang peraturan Allah, dan sesiapa yang menentang membawa hukuman ke atas dirinya.