ROMA 12:14-18 - Compare All Versions
ROMA 12:14-18 BM (Alkitab Berita Baik)
Berdoalah kepada Allah supaya Dia memberkati orang yang menganiaya kamu. Mintalah Allah memberkati mereka, dan janganlah minta Allah mengutuk mereka. Bersukacitalah dengan mereka yang bersukacita, dan menangislah dengan mereka yang menangis. Hendaklah kamu semua hidup rukun. Janganlah bersikap sombong, janganlah tolak tugas yang dipandang rendah. Janganlah anggap diri kamu lebih bijak daripada yang sebenarnya. Jika seseorang berbuat jahat terhadap kamu, janganlah balas dia dengan kejahatan. Berusahalah untuk melakukan apa yang dianggap baik oleh semua orang. Dengan sedaya upaya, berusahalah untuk hidup damai dengan semua orang.
ROMA 12:14-18 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Mintakanlah bŭrkat kapada orang yang mŭngannyayai akan kamu; mintakanlah bŭrkat dan janganlah mŭla’natkan dia. Maka bŭrgŭmarlah bŭrsama sama dŭngan orang yang bŭrgŭmar, dan mŭnangislah bŭrsama sama dŭngan orang yang mŭnangis. Maka handaklah kamu sama hati sa’orang dŭngan sa’orang; dan janganlah kamu mŭnaroh fikiran atas pŭrkara yang tinggi tinggi, mŭlainkan rŭndahkanlah dirimu kapada orang yang rŭndah halnya; janganlah kamu mŭmandie akan dirimu kapada pŭmandangan sŭndiri. Maka janganlah kamu mŭmbalas kapada barang sa’orang jahat dŭngan jahat, maka bŭrlakulah kamu dŭngan kŭlakuan yang bŭnar dihadapan sagala manusia. Maka jikalau dŭngan sŭbulih bulihnya sŭbrapa kamu bulih, tinggallah dalam pŭrdamiean kapada sagala manusia.
ROMA 12:14-18 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Pohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. Bersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana. Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia.