ROMA 10:13-17
ROMA 10:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada Tuhan jika mereka belum percaya kepada-Nya? Bagaimanakah mereka dapat percaya kepada-Nya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tidak ada yang mengisytiharkannya? Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, “Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!” Tetapi tidak semua orang menyambut Berita Baik itu. Nabi Yesaya berkata, “Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami?” Oleh itu orang dapat percaya kerana mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang memberitakan Kristus.
ROMA 10:13-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna barang siapa yang bŭrsru akan nama Tuhan, maka iya itu kŭlak akan slamat. Maka bagimanakah garangannya orang orang bulih bŭrsru kapadanya, sŭbŭlom marika itu pŭrchaya akan dia? Dan bagimana garangannya orang bulih pŭrchaya akan dia, sŭbŭlom didŭngar ulih marika itu akan halnya? dan bagimanakah marika itu handak mŭnŭngar, dŭngan tiada sa’orang yang mŭmbri tahu? Dan bagimanakah orang bulih mŭmbri tahu, jikalau tiada iya disurohkan? Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bagimanakah eloknya kaki orang orang yang mŭmashorkan Injil pŭrdamiean, dan yang mŭmbawa khabar sŭnang derihal pŭrkara pŭrkara yang baik. Tŭtapi bŭlomlah sŭmua marika itu mŭnurot Injil itu, kŭrna nabi Jasia tŭlah bŭrkata, Tuhan siapakah yang tŭlah pŭrchaya akan khabar kita? Bŭgitulah, bahwa iman itu datang deri sŭbab pŭnŭngaran, dan pŭnŭngaran itu datang deri sŭbab fŭrman Allah.
ROMA 10:13-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.” Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapa pun yang mengkhabarkan tentang-Nya? Dan bagaimana orang dapat mengajar kecuali dihantar? Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Alangkah indahnya kaki mereka yang membawa berita baik!” Akan tetapi, tidak semua yang mahu menerima berita Injil itu. Sebagaimana kata Yesaya, “Tuhan, siapa yang percaya akan perkhabaran yang kami sampaikan?” Oleh itu, iman datang daripada mendengar perkhabaran itu, dan perkhabaran itu didengar melalui sabda Kristus.