ROMA 10:12-15 - Compare All Versions

ROMA 10:12-15 BM (Alkitab Berita Baik)

Hal itu berlaku bagi semua orang, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi. Allah yang satu itu Tuhan semua orang. Dia melimpahkan berkat-Nya kepada semua orang yang meminta pertolongan-Nya. Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada Tuhan jika mereka belum percaya kepada-Nya? Bagaimanakah mereka dapat percaya kepada-Nya jika mereka belum mendengar perkhabaran tentang Dia? Bagaimanakah mereka dapat mendengar perkhabaran itu, jika tidak ada yang mengisytiharkannya? Bagaimanakah perkhabaran itu dapat diisytiharkan jika tidak ada orang yang diutus untuk mengisytiharkannya? Di dalam Alkitab tertulis begini, “Alangkah baiknya ketibaan orang yang membawa Berita Baik daripada Allah!”

ROMA 10:12-15 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Kŭrna tiadalah pŭrbethaan diantara orang Yahudi dŭngan orang Grika, kŭrna suatu juga Tuhan yang diatas skalian, maka iyalah kaya bagie sagala orang yang bŭrsru kapadanya. Kŭrna barang siapa yang bŭrsru akan nama Tuhan, maka iya itu kŭlak akan slamat. Maka bagimanakah garangannya orang orang bulih bŭrsru kapadanya, sŭbŭlom marika itu pŭrchaya akan dia? Dan bagimana garangannya orang bulih pŭrchaya akan dia, sŭbŭlom didŭngar ulih marika itu akan halnya? dan bagimanakah marika itu handak mŭnŭngar, dŭngan tiada sa’orang yang mŭmbri tahu? Dan bagimanakah orang bulih mŭmbri tahu, jikalau tiada iya disurohkan? Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bagimanakah eloknya kaki orang orang yang mŭmashorkan Injil pŭrdamiean, dan yang mŭmbawa khabar sŭnang derihal pŭrkara pŭrkara yang baik.

ROMA 10:12-15 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, kerana Tuhan yang sama berkuasa atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya. Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.” Jadi, bagaimana mereka dapat menyeru kepada-Nya sedangkan mereka tidak beriman kepada-Nya? Dan bagaimana mereka dapat beriman kepada-Nya sedangkan mereka tidak pernah mendengar tentang-Nya? Dan bagaimana mereka dapat mendengar sedangkan tiada sesiapa pun yang mengkhabarkan tentang-Nya? Dan bagaimana orang dapat mengajar kecuali dihantar? Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Alangkah indahnya kaki mereka yang membawa berita baik!”