ROMA 10:11-13
ROMA 10:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam Alkitab tertulis, “Orang yang percaya kepada Dia tidak akan dikecewakan.” Hal itu berlaku bagi semua orang, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi. Allah yang satu itu Tuhan semua orang. Dia melimpahkan berkat-Nya kepada semua orang yang meminta pertolongan-Nya. Di dalam Alkitab juga tertulis, “Setiap orang yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.”
ROMA 10:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna kitab mŭngatakan, Maka barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada akan malu. Kŭrna tiadalah pŭrbethaan diantara orang Yahudi dŭngan orang Grika, kŭrna suatu juga Tuhan yang diatas skalian, maka iyalah kaya bagie sagala orang yang bŭrsru kapadanya. Kŭrna barang siapa yang bŭrsru akan nama Tuhan, maka iya itu kŭlak akan slamat.
ROMA 10:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.” Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, kerana Tuhan yang sama berkuasa atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya. Kerana “Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.”