ROMA 1:7-8 - Bandingkan Semua Versi
ROMA 1:7-8 BM (Alkitab Berita Baik)
Oleh itu aku menulis surat ini kepada kamu semua di Roma yang dikasihi oleh Allah, dan yang sudah dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Mula-mula sekali, aku bersyukur kepada Allah melalui Yesus Kristus bagi kamu semua, kerana seluruh dunia mendengar bahawa kamu percaya kepada Yesus.
ROMA 1:7-8 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Aku menulis kepada kamu sekalian di Roma, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera. Pertama sekali, aku bersyukur kepada Allahku melalui Yesus Kristus kerana kamu sekalian, disebabkan seluruh dunia memperkatakan imanmu.
ROMA 1:7-8 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Adapun kapada sagala orang yang diRom yang dikasihi Allah kiranya, dan yang tŭlah dipileh akan mŭnjadi orang suchi, maka dibri kiranya nikmat dan slamat bagiemu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih. Adapun pŭrtama tama aku mŭnguchap shukor kapada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih akan kamu skalian, sŭbab iman kamu itu tŭlah mashorlah pada sagala alam.