ROMA 1:5-7 - Compare All Versions
ROMA 1:5-7 BM (Alkitab Berita Baik)
Melalui Dia, Allah sudah menganugerahi aku tugas istimewa untuk menjadi seorang rasul, supaya aku dapat mengabdikan diri kepada Kristus dengan memimpin orang daripada semua bangsa agar percaya dan taat kepada-Nya. Kamu yang tinggal di Roma juga termasuk dalam golongan mereka, kerana kamu pun sudah dipanggil oleh Allah untuk menjadi milik Yesus Kristus. Oleh itu aku menulis surat ini kepada kamu semua di Roma yang dikasihi oleh Allah, dan yang sudah dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.
ROMA 1:5-7 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka deripadanyalah kami tŭlah pŭrulih anugrah, dan pangkat rasol, akan mŭnjadikan sagala bangsa manusia pŭrchaya, sŭrta bŭrbakti ulih kŭrna namanya. Maka diantara marika itu kamulah yang tŭlah dipileh ulih Isa Almasih. Adapun kapada sagala orang yang diRom yang dikasihi Allah kiranya, dan yang tŭlah dipileh akan mŭnjadi orang suchi, maka dibri kiranya nikmat dan slamat bagiemu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.
ROMA 1:5-7 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Melalui Yesus Kristus dan demi nama-Nya, kami diberi kasih kurnia dan jawatan rasul untuk menyeru manusia daripada segala suku bangsa supaya taat dalam iman kepada-Nya. Kamu juga termasuk dalam golongan itu, kerana Allah telah memanggilmu menjadi milik Yesus Kristus. Aku menulis kepada kamu sekalian di Roma, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera.