WAHYU 8:10-11
WAHYU 8:10-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian malaikat ketiga meniup trompetnya dan sebuah bintang besar, yang bernyala-nyala seperti suluh, jatuh dari langit dan menimpa sepertiga daripada semua sungai dan mata air di bumi. (Nama bintang itu “Pahit”.) Sepertiga daripada air menjadi pahit, dan banyak orang mati kerana minum air yang sudah menjadi pahit.
WAHYU 8:10-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka mŭliekat yang katiga pun mŭniuplah nafirinya, lalu gugorlah sa’buah bintang bŭsar yang bŭrnyala spŭrti suloh deri langit, lalu jatohlah ka’atas tiga bahgian sungie sungie, dan mata ayer: Maka nama bintang itu disŭbot Kayu pahit: maka tiga bahgian ayer itupun pahitlah: dan banyaklah manusia mati ulih ayer itu sŭbab tŭlah mŭnjadi pahit.
WAHYU 8:10-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian malaikat ketiga meniup sangkakalanya. Sebuah bintang besar yang menyala-nyala seperti suluh gugur dari langit menimpa sepertiga sungai dan mata air di bumi. (Bintang itu bernama “Apsintus” iaitu “Pahit.”) Sepertiga air menjadi pahit dan ramai orang mati kerana meminumnya.