WAHYU 3:14-22
WAHYU 3:14-22 Alkitab Berita Baik (BM)
“Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Laodikia: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, saksi yang setia dan benar, sumber segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah. Aku mengetahui apa yang kamu lakukan. Aku tahu bahawa kamu tidak sejuk dan tidak panas juga. Alangkah baiknya jika kamu salah satu daripadanya. Tetapi kerana kamu suam-suam kuku, Aku akan meludahkan kamu. Kamu berkata, ‘Kami kaya dan serba cukup; kami tidak kekurangan sesuatu pun.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sangat melarat dan keadaan kamu sangat menyedihkan! Kamu miskin, telanjang, dan buta. Oleh itu Aku menasihati kamu: Belilah emas daripada Aku, belilah emas tulen supaya kamu menjadi kaya. Belilah pakaian putih juga supaya kamu berpakaian dan menutupi keadaan kamu yang telanjang serta memalukan itu. Belilah ubat juga untuk mata kamu supaya boleh melihat. Aku menegur dan menghukum orang yang Aku kasihi. Oleh itu kamu harus bersungguh-sungguh, dan juga bertaubat daripada dosa. Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku. Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya. Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”
WAHYU 3:14-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diLaodikia; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih Amin, iya itu saksi yang sŭtiawan dan bŭnar, pŭrmulaan kajadian Allah; Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka tiadalah angkau sŭjok atau panas: kusukai angkau sŭjok atau panas, Kalau bagitu, sŭbab angkau suam, iya itu tiada sŭjok atau panas, maka aku kŭlak akan mŭludahkan angkau kluar deri dalam mulotku. Sŭbab angkau bŭrkata, aku kaya, dan bŭrtambah tambah dŭngan harta, dŭngan tiada bŭrkorangan barang apa apa; tŭtapi tiada angkau katahui bahwa angkau chilaka, dan malang, dan miskin, dan buta, dan bŭrtŭlanjang: Maka aku nasihatkan akan dikau bŭlilah mas deripadaku yang tŭlah diuji dŭngan api, supaya angkau kŭlak mŭnjadi kaya; dan lagi pakiean putih, supaya angkau bŭrsalin, dan supaya malu tŭlanjangmu itu jangan klihatan; dan lantekkanlah matamu dŭngan chŭlak, supaya angkau bulih mŭlihat. Maka sŭbanyak orang yang kukasihi, maka kutŭngking dan kusŭsah: maka sŭbab itu handaklah angkau rajin, sŭrta bŭrtaubat. Maka tengoklah, aku ada bŭrdiri dipintu, sŭrta mŭngŭtok: jikalau barang siapa mŭnŭngar swaraku, dibukanya pintu, aku akan datang kapadanya, makan bŭrsama sama, dan iya bŭrsama dŭngan aku. Maka kapada orang yang mŭnang aku akan mŭngurniakan dia dudok bŭrsama sama dŭngan aku diatas arashku, spŭrti aku pun tŭlah mŭnang, dan ada dudok bŭrsama sama dŭngan Ayahku diatas arashnya. Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya akan pŭrkara yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu.
WAHYU 3:14-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kepada malaikat jemaah di Laodikia, tulislah: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, Saksi yang setia dan benar, Permulaan segala ciptaan Allah. Aku tahu perbuatanmu. Aku tahu bahawa kamu ini sejuk tidak, panas pun tidak. Betapa baiknya jika kamu mengambil satu daripada dua sikap itu. Tetapi oleh sebab kamu suam-suam sahaja, Aku akan meludahkan kamu. Kamu berkata, ‘Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.’ Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta. Dengan demikian Kunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen, supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutup tubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubat untuk matamu supaya dapat melihat. Aku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi. Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh dan bertaubatlah. Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku. Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya. Jika kamu bertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah.”