WAHYU 13:14-15
WAHYU 13:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Binatang kedua ini diizinkan oleh Allah untuk melakukan mukjizat-mukjizat di hadapan binatang pertama. Dengan mukjizat-mukjizat itu, binatang kedua ini menipu semua orang yang hidup di bumi dan menyuruh mereka membuat sebuah patung untuk menghormati binatang pertama yang sudah dilukai oleh pedang, tetapi tetap hidup. Binatang kedua ini dibolehkan memberikan nyawa kepada patung itu, sehingga patung itu dapat berkata-kata dan membunuh semua orang yang tidak mahu menyembahnya.
WAHYU 13:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka ditipunyalah akan orang orang yang mŭngdiami diatas bumi dŭngan mujizat mujizat yang iya ada bŭrkwasa mŭngadakan dihadapan binatang itu; sambil iya bŭrkata kapada orang orang yang mŭngdiami diatas bumi, supaya dijadikan ulih marika itu suatu gambar spŭrti rupa binatang yang dilukai ulih pŭdang, dan tŭlah hidop pula. Maka bŭrkwasalah pula iya mŭnghidopkan gambar binatang itu supaya gambar binatang itu dapat bŭrtutor, dan mŭnjadikan sŭbanyak orang yang tiada mahu mŭnyŭmbah gambar binatang itu patut dibunoh.
WAHYU 13:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan tanda-tanda yang dapat diadakannya di hadapan binatang pertama itu, binatang kedua memperdaya sekalian penghuni bumi, dan menyuruh mereka membuat patung binatang yang dilukai pedang namun tetap hidup. Binatang kedua itu diberi kuasa untuk meniupkan nyawa ke dalam patung binatang pertama itu, supaya patung itu dapat berkata-kata dan menyebabkan semua yang enggan menyembahnya dibunuh.