WAHYU 11:15-18
WAHYU 11:15-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian malaikat ketujuh meniup trompetnya dan suara-suara lantang di syurga berkata, “Allah, Tuhan kita dan Penyelamat yang diutus-Nya mempunyai kuasa untuk memerintah dunia. Dia akan memerintah selama-lamanya!” Lalu dua puluh empat orang pemimpin yang duduk di atas takhta mereka di hadapan Allah, bersujud dan menyembah Allah. Mereka berkata, “Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada dan yang sudah ada! Kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar, dan mula memerintah! Orang yang tidak mengenal Engkau meradang, kerana telah tiba masanya Engkau meluahkan kemurkaan-Mu, dan masanya Engkau mengadili orang mati. Inilah masanya Engkau menghadiahi hamba-hamba-Mu para nabi itu, dan juga umat-Mu, semua orang yang hormat dan takut akan Engkau, baik orang besar mahupun orang biasa. Inilah masanya Engkau membinasakan mereka yang memusnahkan bumi!”
WAHYU 11:15-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bŭrmula maka mŭliekat yang katujoh itu pun bŭrbunyilah; maka adalah bŭbrapa swara yang bŭsar dalam shorga, katanya, Bahwa krajaan krajaan dunia ini tŭlah mŭnjadi krajaan krajaan Tuhan kami dan Almasihnya; maka iya kŭlak akan mŭmrentahkan slama lamanya. Adapun dua puloh ampat orang tua tua yang dudok dihalrat Allah diatas krosinya itupun sujudlah sŭrta mŭnyŭmbah Allah; Katanya, Bahwa kami mŭnguchap shukorlah bagiemu, ya Tuhan yang maha bŭsar, yang ada, dan yang tŭlah ada, dan yang akan ada; tŭgal angkau tŭlah mŭngambil bagiemu kwasa yang bŭsar, sŭrta mŭmrentahkan. Maka sagala bangsa itu pun marahlah, dan morkamu pun tŭlah datanglah ka’atasnya, dan waktu mati, supaya patut marika itu dihukumkan, dan supaya angkau mŭmbri fahala pada sagala hambamu nabi nabi, dan kapada orang orang salih, dan orang orang yang takot akan namamu, baik kŭchil, baik bŭsar; maka supaya patutlah dibinasakan akan marika itu yang tŭlah mŭmbinasakan bumi.
WAHYU 11:15-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata, “Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya, dan Dia akan memerintah selama-lamanya!” Dua puluh empat tua-tua yang menghadap Allah yang bersemayam di atas takhta itu sujud menyembah Allah sambil berkata: “Kami bersyukur kepada-Mu, Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa; yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang. Kerana Engkau telah melaksanakan kuasa-Mu yang besar lalu memerintah. Bangsa-bangsa asing marah, maka datanglah kemurkaan-Mu, dan masanya untuk orang mati dihakimi, dan Engkau memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Mu, para nabi dan orang salih, serta manusia kecil dan besar yang takut akan Nama-Mu. Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”