MAZMUR 99:1-5 - Compare All Versions
MAZMUR 99:1-5 BM (Alkitab Berita Baik)
TUHAN itu raja, orang gementar kerana Dia; Dia bertakhta di atas kerub, dan bumi pun bergoncang. TUHAN sangat berkuasa di Sion; Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa. Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia! Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan. Pujilah TUHAN, Allah kita; sujudlah di hadapan takhta-Nya! Sucilah Dia!
MAZMUR 99:1-5 AVB (Alkitab Versi Borneo)
TUHAN bertakhta memerintah, biarlah bangsa-bangsa gementar; Dia tinggal di antara malaikat kerubin, biarlah bumi bergegar. TUHAN Maha Besar di Sion; dan Dia jauh di atas semua bangsa. Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus. Kekuatan Raja cinta akan keadilan — Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub. Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya; Dia Maha Kudus.