MAZMUR 91:1-2,14-16
MAZMUR 91:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang berlindung kepada Yang Maha Tinggi, orang yang tinggal di bawah naungan Yang Maha Kuasa, dapat berkata kepada-Nya, “Engkaulah pembelaku dan pelindungku. Engkaulah Allahku; aku percaya kepada-Mu.”
MAZMUR 91:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan. Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka. Aku akan memberikan umur panjang kepada mereka, Aku akan menyelamatkan mereka.”
MAZMUR 91:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa. Aku akan berkata tentang TUHAN, “Dialah penaungku dan bentengku, Allahku, akan kupercaya kepada-Nya.”
Mazmur 91:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku. Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan. Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku.”