MAZMUR 80:1,7-14,19
MAZMUR 80:1 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung. Mazmur kesaksian Asaf.
MAZMUR 80:7-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau membiarkan bangsa-bangsa di sekeliling berperang kerana hendak merampas negeri kami; musuh-musuh mengejek kami. Pulihkanlah kami, ya Allah Yang Maha Kuasa. Kasihanilah kami supaya kami selamat. Engkau membawa umat-Mu yang seperti pokok anggur keluar dari Mesir; Engkau mengusir bangsa-bangsa lain, lalu menanam pokok itu di negeri mereka. Engkau menyediakan tanah baginya; akarnya mendalam dan menjalar ke seluruh negeri itu. Bayangnya meneduhkan bukit-bukit, dan dahan-dahannya menutupi pokok sedar yang besar. Cabang-cabangnya menjalar ke Laut Tengah, pucuk-pucuknya sampai ke Sungai Efrat. Mengapakah Engkau merobohkan pagar di sekelilingnya? Kini sesiapa yang lalu di situ dapat mencuri buah anggurnya. Babi hutan memijak-mijaknya, dan binatang liar pun memakannya.
MAZMUR 80:19 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidak sekali-kali kami akan meninggalkan Engkau lagi; biarlah kami hidup, lalu Engkau akan kami puji.
MAZMUR 80:1 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah, wahai Gembala Israel, Engkau yang telah memandu Yusuf seperti sekawan domba; Engkau yang tinggal di antara malaikat-malaikat kerubin, limpahkanlah sinar-Mu
Mazmur 80:7-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pulihkan kami, ya Allah alam semesta; pancarkanlah sinar wajah-Mu, maka kami akan selamat. Engkau telah membawa pokok anggur keluar dari Mesir; Engkau telah mengusir bangsa-bangsa dan menanam pokok anggur itu. Engkau menyediakan ruang untuknya, dan membuatnya berakar umbi memenuhi tanah ini. Bukit-bukau diliputi oleh bayang-bayangnya, dan pokok-pokok araz yang gagah dengan dahan-dahannya. Ia telah menghulurkan dahan-dahannya ke Laut, dan cabang-cabangnya ke Sungai. Mengapakah Engkau memecahkan pagar-pagarnya sehingga semua yang lalu-lalang memetik buahnya? Babi hutan dari belukar mencabutnya dan binatang liar dari padang memakannya. Kembalilah, kami merayu-Mu, ya Allah alam semesta! Pandanglah ke bawah dari syurga dan lihatlah! Lalu lawatlah pokok anggur ini