MAZMUR 63:2-9
MAZMUR 63:2-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau. Izinkanlah aku melihat Engkau di Rumah-Mu, serta melihat kuasa dan kemuliaan-Mu. Kasih-Mu lebih berharga daripada hidup, oleh itu aku memuji Engkau. Aku bersyukur kepada-Mu seumur hidupku; aku menadahkan tangan kepada-Mu sambil berdoa. Jiwaku dijamu dan dipuaskan, dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu. Waktu aku berbaring di katil, aku ingat akan Engkau; sepanjang malam aku merenungkan Engkau, kerana Engkau sentiasa menolong aku; aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu. Aku berpaut kepada-Mu, tangan-Mu yang kuat menopang aku.
MAZMUR 63:2-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu. Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu. Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu. Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita. Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi.