Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

MAZMUR 6:4-10

MAZMUR 6:4-10 Alkitab Berita Baik (BM)

Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN? TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu. Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati. Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; bantalku dibasahi air mata. Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku. Nyahlah, hai orang jahat! TUHAN mendengar tangisanku; Dia mendengar permohonanku, dan mengabulkan doaku.

Kongsi
Baca MAZMUR 6

MAZMUR 6:4-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku; selamatkan aku kerana kasih setia-Mu. Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur? Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku. Nyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat, kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku. Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.

Kongsi
Baca MAZMUR 6
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video