MAZMUR 57:2-3 - Compare All Versions

MAZMUR 57:2-3 BM (Alkitab Berita Baik)

Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana aku mencari keselamatan daripada-Mu. Aku mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu, sehingga ribut yang mengamuk sudah berlalu. Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru, Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku.

MAZMUR 57:2-3 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Aku akan berseru kepada Allah Yang Maha Tinggi, kepada Allah yang melakukan segalanya untukku. Dia akan menghantar bantuan dari syurga dan menyelamatkan aku, Dia memurkai orang yang ingin membinasakan aku; Sela Allah akan menghantar kasih-Nya dan kesetiaan-Nya.