MAZMUR 47:1-9
MAZMUR 47:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Tepuklah tangan, hai semua bangsa! Pujilah Allah dengan nyanyian yang kuat dan gembira! TUHAN Yang Maha Tinggi hendaklah ditakuti; Dia raja yang agung di seluruh dunia. Dia menolong kita mengalahkan bangsa-bangsa, dan menjadikan kita pemerintah suku-suku bangsa. Dia memilih negeri kediaman bagi kita, untuk menjadi pusaka kita, umat yang dikasihi-Nya. Allah naik ke takhta-Nya, diiringi sorak-sorai dan bunyi trompet. Nyanyikanlah pujian bagi Allah; nyanyikanlah pujian bagi Raja kita! Allah raja di seluruh bumi; pujilah Dia dengan nyanyian! Allah bersemayam di atas takhta-Nya yang suci; Dia memerintah semua bangsa.

MAZMUR 47:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bertepuklah wahai seluruh bangsa-bangsa; bersoraklah kepada Allah dengan suara kemenangan. Kerana TUHAN Yang Maha Tinggi amat menakjubkan, Dia Raja besar memerintah seluruh bumi! Dia akan menundukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasa kita, dan kaum-kaum ke bawah kaki kita. Dia akan memilihkan warisan pusaka untuk kita, keunggulan Yakub yang dikasihi-Nya. Sela Allah telah naik ke takhta-Nya diiringi sorak-sorai, Ya TUHAN yang diiringi bunyi nafiri. Nyanyikan puji-pujian kepada Allah, nyanyikanlah puji-pujian; nyanyikan puji-pujian kepada Raja kita, nyanyikanlah puji-pujian. Kerana Allah Raja seluruh bumi; nyanyikan puji-pujian sepenuh pengertian. Allah memerintah bangsa-bangsa; Allah bersemayam di atas takhta-Nya. Raja-raja segala bangsa telah berhimpun sebagai umat Allah, Allah Abraham, kerana semua raja bumi milik Allah; Yang Maha Besar dan Mulia.