MAZMUR 37:5-7
MAZMUR 37:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau; Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari. Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang, tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak. Jangan geram kerana orang yang hidup makmur, atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.
MAZMUR 37:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Serahkan jalan hidupmu kepada TUHAN; percayalah kepada-Nya maka Dia akan bertindak: Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya, dan keadilanmu seterang matahari tengah hari. Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.