MAZMUR 36:1-4
MAZMUR 36:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN. Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat, mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya, kerana mereka membanggakan diri, dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci. Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta, mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.
MAZMUR 36:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Satu nubuat dalam hatiku tentang keingkaran orang zalim: rasa takut terhadap Allah tiada di jiwanya. Kerana dia memuliakan dirinya dalam pandangannya sehingga dia tidak tahu keingkarannya dan berasa kebencian. Kata-kata daripada mulutnya zalim dan dusta; dia tidak lagi bijaksana dan berbuat baik. Dia merancang kejahatan di tempat tidurnya; dia mengikut jalan yang tidak baik, dia tidak membenci kejahatan.