MAZMUR 34:12-19
MAZMUR 34:12-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku, aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN. Mahukah kamu menikmati hidup? Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia? Jangan keluarkan kata-kata jahat, dan jangan suka berdusta. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik; usahakanlah kedamaian dengan tekun. TUHAN memperhatikan orang salih, dan mendengar tangisan mereka; tetapi Dia menentang orang yang berbuat jahat; apabila mereka mati, mereka cepat dilupakan. Apabila orang salih berseru, TUHAN mendengar dan menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan. TUHAN dekat kepada orang yang tawar hati; Dia menyelamatkan mereka yang putus asa.
MAZMUR 34:12-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapa yang sayangkan hidup dan inginkan panjang umur, jagalah lidahmu daripada kejahatan dan bibirmu daripada kata-kata palsu. Tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; cari dan burulah kedamaian. Kerana mata TUHAN tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka; Tetapi wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat, sehingga ingatan tentang mereka luput dari bumi. Orang yang benar berseru merayu, dan TUHAN mendengar; lalu menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan mereka. TUHAN merapati orang yang patah hati dan menyelamatkan orang yang menyesal. Orang yang benar banyak ditimpa penderitaan, tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segala-galanya