MAZMUR 139:7-12
MAZMUR 139:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada-Mu? Ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu? Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana; jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga. Jika aku terbang ke ufuk timur, atau tinggal di hujung barat yang paling jauh, di sana juga Engkau akan memimpin aku, dan di sana pun Engkau akan menolong aku. Jika aku minta kegelapan melingkupi aku, ataupun cahaya di sekelilingku menjadi malam, namun bagi-Mu kegelapan itu tidak gelap, dan malam itu cerah seperti siang. Bagi-Mu gelap dan terang sama sahaja.
MAZMUR 139:7-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ke mana dapat aku pergi daripada Roh-Mu? Atau ke mana dapat aku lari dari hadirat-Mu? Jika aku naik ke syurga, Engkau di sana; jika aku membuat tempat tidurku di neraka, lihatlah, Engkau di sana. Jika kuambil sayap pagi, dan tinggal di bahagian laut yang paling dalam, di sana pun tangan-Mu akan memimpinku, tangan kanan-Mu akan memegangku. Jika aku berkata, “Tentulah kegelapan akan menyelubungiku dan cahaya sekelilingku akan menjadi malam,” sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu; dan malam terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu.