MAZMUR 133:1-3
MAZMUR 133:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Lagu ziarah oleh Daud. Alangkah baiknya dan indahnya apabila umat Allah hidup dengan rukun! Hal itu seperti minyak yang berharga yang dituangkan ke atas kepala Harun, lalu mengalir ke janggut dan leher jubahnya. Hal itu seperti embun di atas Gunung Hermon, yang turun ke bukit-bukit Sion. Di sanalah, di Sion, TUHAN menurunkan berkat-Nya, iaitu kehidupan yang tidak berkesudahan.
Kongsi
Baca MAZMUR 133MAZMUR 133:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lihatlah, betapa baik dan menyenangkan hati apabila saudara-saudara seiman hidup bersama dengan bersatu-padu! Umpama minyak yang amat dihargai di atas kepala, mengalir turun ke janggut, janggut Harun, mengalir turun di tepi jubahnya. Umpama embun Hermon menitik ke atas Bukit Sion. Kerana di sanalah TUHAN memerintahkan berkat, hidup selama-lamanya.
Kongsi
Baca MAZMUR 133