MAZMUR 13:1-6
MAZMUR 13:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku? Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan dan berdukacita siang malam? Berapa lamakah musuhku akan menguasai aku? Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati. Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku. Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku. Aku akan menyanyi untuk TUHAN, kerana Dia telah berbuat baik kepadaku.
MAZMUR 13:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berapa lamakah, ya TUHAN, akan Kaulupakan aku selama-lamanya? Berapa lamakah Engkau akan menyembunyikan wajah-Mu daripadaku? Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri sedangkan hatiku duka setiap hari? Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku? Ya TUHAN, ya Allahku, pandanglah aku dan dengarlah doaku. Pulihkan sinar mataku, agar aku tidak lelap dalam maut, agar musuhku tidak berkata, “Aku telah berjaya menewaskannya,” dan musuhku bergembira dengan kejatuhanku. Tetapi aku yakin akan kasih setia-Mu; aku bersukacita dalam penyelamatan-Mu. Aku akan menyanyi memuji TUHAN, kerana limpah rahmat-Nya kepadaku.