MAZMUR 127:1-2 - Compare All Versions

MAZMUR 127:1-2 BM (Alkitab Berita Baik)

Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya. Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.

MAZMUR 127:1-2 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam. Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan — kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya.