Logo YouVersion
AlkitabPelanVideo
Dapatkan apl
Pemilih Bahasa
Ikon Carian

MAZMUR 126:1-6

MAZMUR 126:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

Lagu ziarah. Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem, kita seperti bermimpi! Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, “TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.” Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; itulah sebabnya kita bersukacita! Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula, seperti sungai kering berair semula pada musim hujan. Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, dapat menuai hasilnya sambil bergembira! Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata, akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira.

Kongsi
Baca MAZMUR 126

MAZMUR 126:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Apabila TUHAN membawa pulang orang tawanan ke Sion, kami seperti orang bermimpi. Maka mulut kami dipenuhi dengan gelak ketawa, dan lidah kami dengan nyanyian. Kemudian mereka berkata dalam kalangan bangsa, “TUHAN telah melakukan perbuatan yang hebat-hebat untuk mereka.” TUHAN telah melakukan perbuatan yang hebat-hebat untuk kami, dan kami bersukacita. Pulihkanlah keadaan kami, ya TUHAN, seperti sungai-sungai di Negeb. Mereka yang menyemai dengan air mata akan menuai dengan bahagia. Orang yang sentiasa pergi sambil menangis, membawa benih untuk disemai, pasti akan datang lagi dengan bergembira, membawa hasil tuaiannya.

Kongsi
Baca MAZMUR 126
YouVersion

Mendorong dan mencabar anda untuk mencari hubungan rapat dengan Allah setiap hari.

Pelayanan

Perihal

Kerjaya

Jadi Sukarelawan

Blog

Akhbar

Pautan Berguna

Bantuan

Menderma

Versi Alkitab

Alkitab Audio

Bahasa Alkitab

Ayat Hari Ini


Pelayanan Digital

Life.Church
English (US)

©2025 Life.Church / YouVersion

Polisi PrivasiTerma
Program Pendedahan Kerentanan
FacebookTwitterInstagramYouTubePinterest

Halaman Utama

Alkitab

Pelan

Video