MAZMUR 125:1-3
MAZMUR 125:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Lagu ziarah. Orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti Bukit Sion, yang kukuh tidak bergoyang dan bertahan selama-lamanya. Seperti gunung-gunung melindungi Yerusalem, demikianlah TUHAN melindungi umat-Nya, sekarang hingga selama-lamanya. Orang jahat tidak akan terus memerintah negeri umat Allah, supaya orang yang setia kepada Allah tidak ikut berbuat jahat.
MAZMUR 125:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion, yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya. Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem, begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya. Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa.