MAZMUR 123:1-4
MAZMUR 123:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Lagu ziarah. Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN. Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, dan seorang hamba perempuan kepada puannya, demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami, sehingga Engkau mengasihani kami. Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sudah terlalu banyak dihina. Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, dan dikeji oleh penindas yang sombong.
MAZMUR 123:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada-Mu kuangkat mataku, wahai Engkau yang berada di langit. Lihatlah, sebagaimana mata seorang hamba hanya memandang ke tangan tuannya, sebagaimana mata jariah memandang ke tangan cik puannya, demikianlah mata kami memandang kepada TUHAN Allah kami, sehingga Dia berbelas kasihan kepada kami. Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sangat tertekan oleh penghinaan. Jiwa kami sebak kerana dicemuh oleh orang yang bongkak, dan dihina oleh orang yang sombong.