MAZMUR 116:1-7
MAZMUR 116:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku mengasihi TUHAN, kerana Dia mendengar seruanku; Dia mendengar permintaanku. Dia mendengar aku setiap kali aku berseru kepada-Nya. Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas. Lalu aku berseru kepada TUHAN, “Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.” TUHAN itu pengasih dan adil; Allah kita penuh belas kasihan. TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya; ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku. Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku.
MAZMUR 116:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku kasih akan TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku; dan permohonanku. Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku, maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku. Azab maut telah mengelilingiku, dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan. Lalu aku menyeru nama TUHAN: “Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!” TUHAN penuh kasih kurnia serta benar; ya, Allah kita penuh belas kasih. TUHAN memelihara orang yang tulus; ketika aku ditindas, Dia menyelamatkan aku. Bertenanglah kembali, wahai jiwaku, kerana TUHAN baik kepadamu.