MAZMUR 105:2-4 - Compare All Versions

MAZMUR 105:2-4 BM (Alkitab Berita Baik)

Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN; ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan. Bersukacitalah kerana kita milik-Nya; semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita. Mintalah pertolongan TUHAN, sembahlah Dia sentiasa.

MAZMUR 105:2-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Menyanyilah untuk-Nya, nyanyikan mazmur untuk-Nya; katakanlah segala hasil kerja-Nya yang menakjubkan. Muliakanlah nama-Nya yang suci; biarlah hati mereka sukacita, mereka yang mencari TUHAN. Carilah TUHAN dan kekuatan-Nya; carilah wajah-Nya selama-lamanya.