MAZMUR 101:1-3
MAZMUR 101:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan, aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN. Aku akan menjaga kelakuanku supaya tidak bercela. Bilakah Engkau akan datang kepadaku? Aku akan hidup suci di rumahku; aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku. Aku benci akan tindakan orang yang murtad; aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.
Kongsi
Baca MAZMUR 101MAZMUR 101:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan menyanyi tentang kasih dan keadilan; kepada-Mu, ya TUHAN, aku akan menyanyikan pujian. Aku akan mengamalkan hidup yang tidak bercela — bilakah Engkau akan datang kepadaku? Aku akan berjalan di dalam rumahku sendiri dengan hati yang tidak bercela. Aku tidak akan membiarkan mataku memandang kekejian. Aku membenci perbuatan orang yang menyeleweng; aku tidak akan turut berbuat demikian.
Kongsi
Baca MAZMUR 101