AMSAL 8:6-11
AMSAL 8:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Dengarlah kata-kataku, kerana semuanya tepat dan berguna. Apa yang aku katakan, betul semuanya, kerana aku membenci dusta. Segala yang aku katakan benar; tiada satu pun yang menyesatkan atau salah. Bagi orang yang berpengertian, semuanya jelas; bagi orang yang berpengetahuan, semuanya terang. Hargailah ajaranku lebih daripada perak; pentingkanlah pengetahuan lebih daripada emas tulen. Akulah Hikmat. Aku lebih berharga daripada permata, dan aku tidak dapat dibandingkan dengan apa pun yang kamu idamkan.
AMSAL 8:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengarlah, kerana aku akan mengatakan hal-hal yang luhur, bibirku terbuka menyampaikan perkara-perkara yang betul. Mulutku akan mengatakan kebenaran; kedurjanaan adalah kekejian bagi bibirku. Segala kata-kata mulutku adalah benar, tiada yang songsang atau bengkang-bengkok. Segalanya itu jelas bagi orang yang berpengertian, dan tepat bagi orang yang berpengetahuan. Pilihlah ajaranku dan bukannya perak; pilihlah pengetahuan dan bukannya emas pilihan. Kerana hikmah lebih bernilai daripada segala permata, dan segala yang dihasratkan tidak setara dengannya.