AMSAL 6:20-23
AMSAL 6:20-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang. Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
AMSAL 6:20-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hai anakku, peganglah teguh perintah ayahmu, dan jangan abaikan ajaran ibumu. Tambatkanlah sentiasa semua didikan itu dalam hatimu, dan kalungkanlah pada lehermu. Apabila engkau berjalan, segalanya itu akan memimpinmu, apabila engkau berbaring, segalanya akan menjagamu, dan apabila engkau bangun, segalanya akan menyapamu. Kerana perintah itu pelita, dan ajaran itu cahaya, dan teguran yang mendidik adalah jalan kehidupan.