AMSAL 3:13-18
AMSAL 3:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian. Manfaatnya melebihi keuntungan daripada perak, dan nilainya lebih tinggi daripada emas. Hikmat lebih bernilai daripada batu permata. Semua yang kamu idamkan tidak dapat dibandingkan dengan hikmat! Hikmat memberi kamu umur panjang, dan juga kekayaan serta kehormatan. Hikmat memberi kamu kehidupan yang sejahtera dan sentosa. Orang yang menjadi bijaksana berasa bahagia, dan mendapat hidup yang sejati.
AMSAL 3:13-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Betapa berbahagianya orang yang mendapat hikmah, dan orang yang memperoleh pengertian, kerana labanya lebih besar daripada keuntungan perak, dan hasilnya lebih berharga daripada emas. Hikmah lebih bernilai daripada batu permata, dan apa-apa pun yang kamu idamkan tidak sebanding dengannya. Di tangan kanannya umur panjang, di tangan kirinya kekayaan dan kehormatan. Jalan-jalannya jalan keselesaan, dan segala lorongnya kesejahteraan. Hikmah pokok hayat bagi yang berpaut padanya, berbahagialah orang yang memeluknya seerat-eratnya.