AMSAL 23:19-21 - Compare All Versions

AMSAL 23:19-21 BM (Alkitab Berita Baik)

Dengarlah, hai anakku! Jadilah bijaksana dan ikutlah cara hidup yang betul. Jangan bergaul dengan pemabuk atau orang gelojoh, kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.

AMSAL 23:19-21 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Dengarlah, hai anakku, dan jadilah bijaksana, tujukanlah hatimu ke jalan yang benar. Jangan berada bersama-sama pemabuk atau orang yang rakus makan daging, kerana peminum dan orang yang rakus menjadi miskin, dan rasa mengantuk membuat orang berpakaian compang-camping.