AMSAL 11:11-13 - Compare All Versions

AMSAL 11:11-13 BM (Alkitab Berita Baik)

Restu orang jujur memakmurkan kota; perkataan orang jahat memusnahkan kota. Menghina orang lain adalah perbuatan bodoh. Orang yang bijak lebih suka berdiam diri. Orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, tetapi orang yang dapat dipercayai boleh merahsiakan perkara.

AMSAL 11:11-13 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kota dimuliakan kerana keberkatan orang yang lurus hati, tetapi diruntuhkan kerana mulut orang durjana. Orang yang tidak berakal budi memandang rendah jirannya, tetapi orang yang berpengertian berdiam diri. Orang yang membawa mulut ke sana ke mari membuka rahsia, tetapi orang yang amanah menjaga rahsia.