AMSAL 10:17-19 - Compare All Versions

AMSAL 10:17-19 BM (Alkitab Berita Baik)

Orang yang menerima teguran akan hidup sejahtera, tetapi orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya berada dalam bahaya. Orang yang menyembunyikan kebenciannya ialah pendusta. Orang yang mengumpat ialah orang bebal. Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.

AMSAL 10:17-19 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Sesiapa yang memperhatikan didikan menuju jalan kehidupan, tetapi sesiapa yang menolak teguran bakal tersesat. Sesiapa yang menyembunyikan kebencian bermulut dusta, dan sesiapa yang menyebar fitnah tidak berakal. Apabila banyak bercakap, dosa pasti ada, tetapi orang bijaksana mengawal mulutnya.