FILIPI 4:8-9
FILIPI 4:8-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat. Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu.
FILIPI 4:8-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kasudahannya hie saudara saudara, adapun barang sagala sŭsuatu yang bŭnar, dan barang sŭsuatu yang tulos, dan barang sŭsuatu yang bŭtol, dan barang sŭsuatu yang suchi, dan barang sŭsuatu yang kŭmanisan, dan barang sŭsuatu yang tŭrbilang itu, maka jikalau ada barang kabajikannya, dan jikalau ada barang kapujiannya, maka tarohlah ingatan dalam pŭrkara pŭrkara itu. Maka barang pŭrkara pŭrkara yang tŭlah kamu pŭlajari, dan tŭlah trima, dan dŭngar, dan mŭlihat deri padaku, buatlah; bahwa Allah yang pohon slamat itu kŭlak bŭsŭrta dŭngan kamu.
FILIPI 4:8-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhir sekali, saudara-saudaraku, apa sahaja yang benar, apa sahaja yang mulia, apa sahaja yang adil, apa sahaja yang suci, apa sahaja yang indah, apa sahaja yang dipandang tinggi — jika ada sesuatu yang baik dan jika ada sesuatu yang terpuji — tumpukan fikiran kepadanya. Segala yang kamu pelajari, terima, dengar dan lihat dalam diriku — lakukanlah. Maka Allah yang sumber segala damai sejahtera akan bersertamu.