FILIPI 4:10-19

FILIPI 4:10-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Dalam hidupku yang bersatu dengan Tuhan, aku bersukacita kerana setelah sedemikian lama, sekali lagi kamu berpeluang mengambil berat terhadap diriku. Aku tidak bermaksud bahawa kamu sudah melupakan aku, tetapi kamu tidak berpeluang untuk menunjukkan bahawa kamu mengambil berat terhadap diriku. Aku berkata seperti itu bukan kerana aku berkekurangan; aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit. Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan. Aku berpuas hati baik ketika kenyang ataupun lapar, baik ketika hidup mewah ataupun berkekurangan. Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan. Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik. Kamu yang tinggal di Filipi benar-benar tahu bahawa ketika aku meninggalkan Makedonia, pada waktu aku mula mengkhabarkan Berita Baik di situ, kamulah satu-satunya jemaah yang menolong aku. Hanya kamu yang mengalami untung rugi bersama-sama aku. Semasa aku di Tesalonika dan memerlukan bantuan, lebih daripada sekali kamu mengirim bantuan kepadaku. Aku tidak ingin menerima pemberian sahaja, tetapi aku ingin melihat keuntungan dimasukkan ke dalam akaun kamu. Aku mengaku sudah menerima segala yang kamu berikan, yang lebih daripada cukup itu! Aku sudah menerima semua pemberian kamu yang dibawa oleh Epafroditus, dan sekarang aku mempunyai segala yang aku perlukan. Pemberian kamu seperti persembahan yang harum dan Allah berkenan menerima korban itu. Allahku dengan kekayaan-Nya yang berlimpah-limpah, akan memenuhi segala keperluan kamu melalui Kristus Yesus.

FILIPI 4:10-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka aku tŭlah tŭrmasalah sangat bagie Tuhan, sŭbab skarang pada akhirnya ingatan kamu akan daku tŭlah sŭgarlah pula, maka dalam hal yang dŭmkian kamu tŭlah mŭnaroh ingatan, akan tŭtapi kamu tiada mŭndapat waktu yang baik. Maka bukannya aku bŭrkata kata deri sŭbab kakorangan: kŭrna aku ini tŭlah bŭlajar dalam sbarang halku ini, shukorlah aku. Maka aku tahu, baik bŭtapa hal miskin, dan aku tahu bŭtapa hal kamewahan: barang dimana, dan dalam sagala pŭrkara, aku tŭlah diajari, baik kŭnyang, baik lapar, baik kamewahan, baik kakorangan. Maka bulihlah aku pŭrbuat sagala pŭrkara itu dŭngan tulongan Almasih yang mŭnguatkan akan daku. Akan tŭtapi kamu sudah bŭrbuat baik, sŭbab kamu mŭnaroh insaf akan hal kasukaranku. Adapun skarang kŭtahuilah ulih kamu, hie orang orang Filippi, maka pada pŭrmulaan Injil itu, tŭtkala aku kluar deri nŭgri Makadonia, maka suatu sidang jŭmaah pun tiada mŭmbri barang apa apa padaku deri hal mŭmbri dan trima, mŭlainkan kamu orang sahja. Maka mŭskipun tŭtkala aku dinŭgri Thessalonika, kamu tŭlah bŭrkirim juga skali dua bagie kakoranganku. Bukannya sŭbab aku handak pŭmbrian: mŭlainkan aku kahandaki buah buahan yang mŭndatangkan kalempahan atas kamu. Kŭrna aku sudah bŭrulih skaliannya, sŭrta mŭlempahlah: maka pŭnohlah sudah aku, sŭbab aku tŭlah mŭnŭrima deripada Epafroditas sagala pŭrkara kiriman kamu itu, sa’olah olah satu bahu bahuan yang harum, dan suatu korban yang dipŭrkŭnankan, dan direlai Allah sanggat adanya. Tŭtapi Allahku juga akan mŭngurniakan sagala kakorangan kamu mŭnurot kŭkayaannya yang mulia dŭngan bŭrkat Isa Almasih.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami