FILIPI 3:9-10
FILIPI 3:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
dan bersatu dengan Dia. Hubungan baik dengan Allah tidak aku peroleh dengan jalan taat kepada Taurat. Tetapi sekarang aku mempunyai hubungan baik dengan Allah, kerana aku percaya kepada Kristus. Hubungan baik itu datang daripada Allah dan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus. Inilah satu-satunya keinginanku: mengenal Kristus dan mengalami kuasa yang membangkitkan Dia daripada kematian, turut menderita dengan Dia, dan menjadi seperti Dia dalam hal kematian-Nya.
FILIPI 3:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dan didapatinya akan daku dalamnya dŭngan tiada aku mŭmpunyai kabŭnaran yang deripada hukum tauret, hanya deripada kabŭnaran itu yang tŭrbit deripada iman akan Almasih, iya itu kabŭnaran yang deripada Allah ulih iman juga. Supaya aku bulih mŭngŭnal akan dia, dan kwasa kŭbangkitannya, dan sama sŭngsaranya, sŭrta mŭngikot pri kŭmatiannya.
FILIPI 3:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allah melalui iman. Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya