FILIPI 3:7-11
FILIPI 3:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi kerana apa yang sudah dilakukan oleh Kristus bagiku, semua yang dahulu aku anggap sebagai menguntungkan, kini merugikan. Bukan sahaja hal-hal itu aku anggap merugikan, tetapi semua hal lain yang biasa aku lakukan, sekarang aku anggap merugikan. Dengan demikian aku akan mendapat apa yang jauh lebih menguntungkan, iaitu mengenal Kristus Yesus sebagai Tuhanku. Kerana Kristus, aku telah meninggalkan segala perkara yang biasa aku lakukan. Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus dan bersatu dengan Dia. Hubungan baik dengan Allah tidak aku peroleh dengan jalan taat kepada Taurat. Tetapi sekarang aku mempunyai hubungan baik dengan Allah, kerana aku percaya kepada Kristus. Hubungan baik itu datang daripada Allah dan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus. Inilah satu-satunya keinginanku: mengenal Kristus dan mengalami kuasa yang membangkitkan Dia daripada kematian, turut menderita dengan Dia, dan menjadi seperti Dia dalam hal kematian-Nya. Aku berharap Allah akan menghidupkan aku semula daripada kematian.
FILIPI 3:7-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi barang apa yang mŭnjadi untong padaku, itulah juga kubilangkan kŭrugian kŭrna Almasih. Bahkan, dŭngan tiada shak, aku bilangkan sŭmua pŭrkara rugi adanya, ulih sŭbab indahnya pŭngatahuan akan Isa Almasih Tuhanku itu; maka deri kŭrnanyalah tŭlah kurasai kŭrugian dalam sagala pŭrkara, dan kubilangkan itu spŭrti tahi adanya, supaya aku mŭnangkan Almasih. Dan didapatinya akan daku dalamnya dŭngan tiada aku mŭmpunyai kabŭnaran yang deripada hukum tauret, hanya deripada kabŭnaran itu yang tŭrbit deripada iman akan Almasih, iya itu kabŭnaran yang deripada Allah ulih iman juga. Supaya aku bulih mŭngŭnal akan dia, dan kwasa kŭbangkitannya, dan sama sŭngsaranya, sŭrta mŭngikot pri kŭmatiannya. Maka kalau dŭngan sŭbulih bulihnya aku handak juga dapat sampie kapada kŭbangkitan orang mati
FILIPI 3:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana Kristus. Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus, dan didapati di dalam-Nya, bukan dengan perbenaran sendiri yang datang dari Taurat, melainkan yang datang melalui iman kepada Kristus, perbenaran daripada Allah melalui iman. Aku hendak mengenal-Nya dan kuasa kebangkitan-Nya, dan turut merasai penderitaan-Nya, serta menjadi seperti Dia dalam kematian-Nya, supaya pada akhirnya aku dapat mencapai kebangkitan daripada kematian.