FILIPI 3:17-21
FILIPI 3:17-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, ikutlah teladanku. Kami sudah memberikan teladan yang baik kepada kamu. Oleh itu perhatikanlah orang yang mengikut teladan kami itu. Apa yang akan aku beritahukan kepada kamu, sudah banyak kali aku katakan kepada kamu dahulu, dan sekarang aku mengulanginya lagi dengan tangisan. Banyak orang dengan kehidupan mereka sudah merosakkan erti kematian Kristus di kayu salib. Hidup orang seperti itu akan berakhir dengan kehancuran, kerana mereka bertuhankan keinginan tubuh mereka sendiri. Mereka membanggakan hal-hal yang seharusnya memalukan. Mereka hanya memikirkan perkara-perkara duniawi. Tetapi kewarganegaraan kita di syurga. Dengan penuh harapan kita menanti-nantikan kedatangan Penyelamat kita, Tuhan Yesus Kristus dari syurga. Dia akan mengubah tubuh kita yang lemah dan fana ini, menjadi seperti tubuh-Nya sendiri yang mulia itu. Dia dapat melakukan hal itu kerana Dia memiliki kuasa untuk menaklukkan segala sesuatu.
FILIPI 3:17-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Saudara saudara, ikotlah sama sama akan daku, dan pŭrhatikanlah akan orang orang yang tŭlah mŭnjalani dŭmkian spŭrti kamu mŭndapat kita orang akan tuladannya. Kŭrna bŭbrapa orang yang bŭrjalan, krap kali aku tŭlah bŭrkata akan hal marika itu kapada kamu, maka skarang pun aku bŭrkata pula dŭngan tangisku, bahwa marika itulah sŭtru salib Almasih. Adapun kasudahan marika itu kŭlak kabinasaan, maka protnya itu Allahnya, dan kamuliannya itulah malunya, maka diindahkannya pŭrkara dunia sahja. Kŭrna pri kabibasan kami dalam shorga; maka deri sanalah kami mŭnantikan pŭnulong, iya itu Tuhan Isa Almasih Yang akan mŭngubahkan kŭlak tuboh kami yang hina ini, supaya mŭnjadi sŭrupa dŭngan tubohnya yang mulia itu, mŭnurot kwasa yang dapat iya mŭna’lokkan sagala pŭrkara kapadanya sŭndiri.
FILIPI 3:17-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan. Kerana, seperti yang sudah sering kukatakan kepadamu, dan sekarang kukatakan lagi dengan tangisku, ramai orang hidup sebagai seteru kepada salib Kristus. Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia. Tetapi kewargaan kita adalah di syurga, dari situ kita menanti-nantikan Penyelamat, Tuhan Yesus Kristus. Dia akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya serupa dengan tubuh-Nya yang mulia, melalui kuasa-Nya yang dapat menaklukkan segalanya kepada diri-Nya.