FILIPI 3:12-16
FILIPI 3:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak berkata bahawa aku sudah berjaya melakukan semua yang harus aku lakukan, ataupun sudah menjadi sempurna. Tetapi aku terus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memenangi hadiah yang disediakan oleh Kristus Yesus. Itulah tujuan Kristus Yesus menjadikan aku milik-Nya. Saudara-saudaraku, sebenarnya aku tidak menganggap bahawa aku sudah berjaya memenangi hadiah itu. Tetapi satu perkara aku lakukan. Aku melupakan apa yang di belakang dan berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang di hadapan. Itulah sebabnya aku berlari terus ke arah tujuanku untuk memenangi hadiah itu. Hadiah itu hidup sejati dan kekal yang merupakan panggilan Allah kepadaku melalui Kristus Yesus. Kita semua yang sudah matang dalam kehidupan sebagai orang yang percaya kepada Kristus, harus bersikap demikian. Tetapi jika ada antara kamu yang berpendapat lain, Allah akan menjelaskan hal itu kepada kamu. Bagaimanapun kita perlu memperhatikan hal ini: Kita harus tetap hidup menurut peraturan yang telah kita taati sehingga sekarang.
FILIPI 3:12-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bukannya spŭrti yang sudah kudapati itu, atau sudah sampornalah aku ini, tŭtapi kukŭjar juga itu, kalau kalau aku bulih mŭnchŭkop itu yang spŭrti dichŭkopi ulih Isa Almasih akan daku pun. Saudara saudara, bahwa tiadalah kubilangkan diriku tŭlah sudah mŭnchŭkop itu; tŭtapi suatu pŭrkara yang ada kupŭrbuat ini, iya itu handak mŭlupakan pŭrkara yang diblakang itu, dan handak mŭnchapiekan pŭrkara pŭrkara yang dihadapan itu. Maka aku sŭrbu mŭnuju kapada alamat itu, supaya bŭrulih fahala jŭmpotan tinggi, iya itu deripada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih. Maka sŭbab itu biarlah kita, sŭbanyak kami yang samporna, itupun mŭnaroh niat yang dŭmkian itu: maka jikalau kiranya dalam barang pŭrkara kamu mŭnaroh niat yang lain, nŭschaya kŭlak dinyatakan Allah ini juapun kapada kamu. Kŭndatilah, sampie kamana kami tŭlah mŭndapat, maka biarlah kami mŭnurot sama hukum, dan biarlah kami mŭnaroh inggatan atas sama pŭrkara.
FILIPI 3:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bukanlah aku telah mencapainya, atau telah disempurnakan, tetapi aku terus berusaha, semoga aku dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus. Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus. Oleh itu, semua yang matang antara kita hendaklah berfikiran sedemikian, dan jika berbeza fikiranmu dalam apa pun, Allah akan menyatakan hal itu juga kepadamu. Tetapi setakat yang telah kita capai, marilah kita menempuhnya demikian juga.