FILIPI 3:1-4
FILIPI 3:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya, saudara-saudaraku, semoga kamu bersukacita kerana telah hidup bersatu dengan Tuhan. Aku tidak berkeberatan mengulangi apa yang telah aku tulis dahulu, kerana hal itu baik untuk keselamatan kamu. Berhati-hatilah dengan mereka yang melakukan perbuatan jahat. Mereka itu ibarat anjing. Mereka mendesak bahawa orang harus disunat. Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah. Sebenarnya aku boleh bergantung kepada upacara-upacara itu. Jika sesiapa menyangka dia boleh bergantung kepada upacara yang lahiriah, aku mempunyai alasan yang lebih banyak.
FILIPI 3:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA akhirnya, hie sagala saudaraku, handaklah kamu bŭrsukachita kŭrna Tuhan, akan mŭnyuratkan deri hal sama pŭrkara itu, iya itu tiada mŭnjadikan kasusahan bagieku, mŭlainkan iya itu mŭndatangkan aman kapada kamu. Jagalah baik baik deri hal anjing, dan jagalah baik baik deri hal orang orang yang bŭrbuat jahat, dan jagalah baik baik deri hal orang yang sunatkan daging. Kŭrna kami ini orang bŭrsunat, yang mŭnyŭmbah Allah dŭngan Roh, dan yang bŭrsukachita kŭrna Isa Almasih, dan tiada bŭrgantong pada daging. Maka aku bulih bŭrgantong kapada daging jikalau kiranya patut, dan jikalau barang sa’orang lain mŭmikir patutlah bŭrgantong kapada daging, maka akulah yang tŭrlebih.
FILIPI 3:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu. Awas orang yang bersikap seperti anjing, awas orang yang berbuat jahat, awas tukang sunat yang palsu. Kerana kita ini orang bersunat, yang menyembah Allah dalam Roh, bermegah dalam Kristus Yesus, dan tidak mengharapkan hal lahiriah — walaupun aku sendiri ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah. Jika sesiapa menyangka dia ada alasan untuk mengharapkan hal lahiriah, aku lebih lagi.