FILIPI 2:3-5
FILIPI 2:3-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus
FILIPI 2:3-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu bŭrbuat barang suatu pŭrkara jua pun dŭngan pŭrbantahan, atau dŭngan mŭnchari kamŭgahan yang sia sia; tŭtapi dŭngan rŭndah hati, biarlah masing masing mŭngasihi sa’orang akan sa’orang tŭrlebih deripada dirinya sŭndiri. Janganlah masing masing mŭlihat halnya sŭndiri sahja, tŭtapi handaklah masing masing mŭlihat hal hal orang lain pun. Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dŭmkian itu dalam kamu spŭrti yang sudah ada dalam Isa Almasih.
FILIPI 2:3-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus